Wednesday, August 13, 2008

Dedikasi

Untuk maklumat lebih lanjut layari
http://dingin.blogspot.com/

Untuk yang tidak disebutkan namanya di dalam buku.

di sini saya akan mahsyurkan

:-)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur atas kurnia Allah yang Maha Mengasihani hamba-Nya. Mengasihani saya dengan memberikan setitik idea, memberikan setitik sabar bagi menyudahkan novel ini.

Al-fatihah untuk bonda, Tendri binti Yusuf. Bonda, maaf anakmu terlewat untuk ini. Terlewat untuk memberitahu yang anakmu ini mampu juga menyudahkan sesuatu, biarpun terpaksa bertatih.

Ayah, Mohamad Bekri bin Hosen. Terima kasih kerana membentuk saya untuk memahami yang kasih sayang itu, adakalanya tidak perlu ucapan berbunga indah. Cukup sekadar kata-kata, “Kerana kamu anak saya.”

Untuk isteri, Farah Faizura binti Ahmad Rustam. Terima kasih kerana memberitahu saya berkenaan percaya. Di saat langit dan bumi sudah mengatakan tidak, kamu tetap tersenyum mengatakan, “Ya, saya percaya.”

Untuk Elisha, permata hati ayahanda. Kamu mengajar ayahmu ini erti tanggungjawab, erti hidup seorang lelaki.

Untuk Sifu Puan Ainon, terima kasih atas ilmu penulisan. Benar ada 'bunga' sifu yang tidak saya mekarkan tetapi itu bukan bererti saya tidak setuju tetapi kerana saya ini murid yang lemah dalam pelaksanaan. Kurang cerdas dan perlu banyak lagi belajar, perlu banyak lagi berlatih.

Untuk editor saya Mazlia. Terima kasih kerana membuat semangat saya berpendar dan tidak lagi kabur. Ya, senyuman kamu itu manis. :-)

Untuk semua cikgu dan pensyarah yang mengajar saya huruf dan angka, suka dan duka, hidup dan mati, segalanya, terima kasih. Saya masih lagi anak murid yang pendiam itu.

Untuk semua ahli keluarga, saudara-saudara jauh dekat, terima kasih kerana bersama saya, baik ketika duka, juga ketika ketawa.

Untuk geng kicap kerana tahu erti menghargai.

Untuk kawan-kawan,

Ashikin, terima kasih kerana memberi mula saya bertapak.

Rozita, terima kasih kerana mengajar erti kesempurnaan kerja.

Untuk semua pembaca. Terima kasih.

*Dedikasi ini akan sentiasa bertambah dan tidak akan kunjung sempurna kerana banyak lagi yang akan disenaraikan, cuma batas ingatan saya sebagai manusia itu yang jadi pembatasnya.